Sunday, January 31, 2010

Thaipusam !

well..
semlm kn thaipusam..
so..
ak & family plan utk melihat kavadi kt OLD TOWN..
dlm kul 7 mlm,ktorg g mkn dlu..
then,dlm kul 8.30 mlm,bru ktorg bertolak ke OLD TOWN utk tgk kavadi..
besh siot..
ktorg blik dlm kul 12.00 tghmlm..

 
minie & jasmin

 
aku..

  
me again..!

 
ak & adk..

 
mummy & daddy

 
si nakal & kecoh!!

 
sbar menunggu mkanan..

 
minie & suraya again..

-fun day wif family-

Saturday, January 30, 2010

KETENTUAN...


Kedinginan bumi Switzerland mencengkam sampai ke tulang. Serasa tidak mahu melepaskan selimut yang membalut diri. Tapi tanggungjawab kepada 2 insan teristimewa dalam hidupku perlu diteruskan. Sambil menyediakan sarapan pagi dapat ku lihat hujan renyai dari tingkap kaca dapurku. Rindu pada kenangan lama menggamit memori.

Hujan petang hari ini cukup dingin dan membekukan. Lama sungguh bumi USM tidak dibasahi hujan. Hampir 3 bulan rasanya. Dan hujan hari ini adalah Rahmat Allah yang tak terhingga. Rindu benar rasanya akan kedinginan dan bau hujan yang menyenangkan.

Ayunie!! Cepatlah!!” jerit Dalia sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah. Hujan-hujan macam ni semua dah tak sabar nak balik ke bilik. Bagaikan ada tilam,bantal dan selimut yang memanggil melambai-lambai minta pulang segera. Hehehe…

Sabarlah,bukan senang nak dapat hidu bau hujan ni. Wow!!nyamannya” bagaikan gelagat seorang puteri di taman istana sedang menghidu haruman bunga.

Gila apa budak ni?? Bau hujan dikata nyaman?? Dah buang tebiat lah tu” bebel Qistina sambil melangkah laju menyusuri susur gajah ke asrama perempuan. Tiba di laluan yang tiada susur gajah, kami terpaksa berlari supaya tidak dibasahi hujan. Nasib baik tak jauh. Jadi tak adalah kami basah sangat.


Aku sebilik dengan Dalia. Qistina pula sebilik dengan Arina. Kitaorang 4 orang ni memang kamcing gila. Kebetulan satu course. Pergi mana-mana mesti berempat. Tak pernah berpisah lah.

Alamak!!macam mana lah aku boleh terlewat pulak ni!!” Hujan semalam memang lebat sangat. Tidur rasa macam tak nak bangun. Lepas sembahyang subuh boleh sambung mimpi balik, itu yang terlajak ke pukul 8.30pg. Dalia kejut aku buat tak tahu, aku siap suruh diaorang pergi kuliah dulu. Gila berani. Ni lah jadinya. Lambat.

Lintang pukang aku berlari. Habis semua orang aku langgar.
Aduh!!!!” sakit gila kepala aku. Bebel aku sambil mengurut-urut kepala. Habis semua buku berlambak. Lagi dah lambat. Macam-macam pulak jadi.

Sorry. Did u hurt??” Tanya mamat yang aku langgar. Dia pun tolong kutip buku aku yang bertabur.

No..no.. I’m okey” balas aku tanpa menoleh ke arahnya. Nak cepat. Dah kutip semua buku aku pun ucap terima kasih dan minta maaf sambil terbongkok-bongkok macam orang Jepun. Belum sempat dia cakap apa-apa aku dan jalan dulu. Tapi sempat juga aku jeling. Hensem.

Eh, kenapa tak masuk lagi ni??aku rasa aku dah habis lewat dah ni” sambil mengerling jam di tangan. 9.33 pagi. Kuliah sepatutnya pukul 9.00 pagi.

Kelas di tunda la sayang. Puan Asmalia cuti emergency 2 hari, assistant dia ganti nanti, pukul 11.30″ jawab Arina.

Dah tau kelas tak ada, kenapa tak call aku?? Tak adalah aku berlari macam orang kena kejar hantu. Habis semua orang aku langgar” marah aku sambil termengah-mengah. Penat berlari tadi tak hilang lagi.

Hey!!” jerkah Arina,Dalia dan Qistina serentak. Terperanjat aku!!

Orang dah call.Awak yang tak angkat!! Call lagi sekali dah tak dapat pulak. Suka-suka dia je nak marah kita. Dah cukup baik kita tunggu dia setengah jam lebih kat sini. Bukan nak cakap terima kasih ke apa ke, di marah kita lagi ada” marah Arina.

Dah girls, jom kita pergi makan. Biar minah ni sorang-sorang kat sini” balas Qistina sambil menjeling pada aku. Tangan kanan disilang dengan tangan Arina dan tangan kiri disilang dengan tangan Dalia. Berjalan beriringan bertiga meninggalkan aku yang terkulat-kulat lepas kena marah.

Cepat-cepat aku lari pintas diaorang.
Sorry..sorry..minta ampun minta maaf. Janji tak buat lagi” sambil menyusun sepuluh jari depan diaorang.

Aik, takkan sorry je kot??” balas Dalia. Diangguk tanda setuju oleh Qistina dan Arina.

Okey lah, aku belanja breakfast kat gerai tepi tu. Kat kafe mahal sangat lah
Gerai pun gerai lah. Janji orang belanja”balas Arina. Diaorang gelak besar lepas tu. Rupanya diaorang kenakan aku, bukan marah pun, saja buat-buat marah. Geramnya.

Lepas makan kitaorang terus ke dewan kuliah.
Tak pernah pulak kita belajar dengan assistant Puan Asmalia ni ya. Orang kata dia straight orangnya” cerita Arina. Minah ni semua cerita dalam poket dia. Cuma betul dengan tidak je. Hehehehe..

Sambil mencari pen dalam poket beg baru aku perasan yang phone aku ter’OFF”. Patutlah diorang call tadi tak dapat.
Belum sempat aku nak ON, assistant Puan Asmalia dah masuk.

Macam pernah jumpa. Kat mana?? Siapa ya??” bisik aku dalam hati,sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal di balik tudung bawal hijau yang ibu beli di Kelantan bulan lepas.

Gila hensem. Macam ni muda dah jadi pensyarah?? Korang agak-agak berapa umur dia ya?? Dah kahwin belum??” bebel Qistina. Minah yang seorang ni pulak pantang tengok mamat macho sedikit dah mula lah nak ambil tahu itu ini. Kalau tak, masakan brader kantin pun dia nak ajak berkenalan. Gatal tak bertempat.

Habis sahaja kuliah, semua pelajar berpusu-pusu keluar. Yang nak pergi makan tengahari lain, yang nak balik lain, yang nak pergi library lain. Macam-macam lah. Kitaorang mestilah nak balik bilik. Tidur.. hehehehe

Girls” jerit satu suara daripada belakang sebaik sahaja kami hendak melangkah keluar daripada dewan. Serentak kami berempat menoleh ke belakang. En.Zafrul!!!

Can I talk to the lady with green scarf??
Kitaorang membelek tudung masing-masing. Mencari siapa antara kami yang memakai tudung hijau.

Aku membeliakkan mata sambil menunding jari telunjuk tepat ke batang hidung sendiri. Just for sure, adakah orang yang dimaksudkan adalah aku.

Yes you are. Any other girls with green scarf beside you?” Sah-sah lah aku seorang je yang pakai tudung hijau,lagi nak buat-buat tak sure. Aduh!! Kan dah kena.

Yes, En.Zafrul??” Tanya aku.

The others, you can wait your buddy out site” tegas En.Zafrul tapi di akhiri dengan senyuman. Gila macho. Sempat lagi aku berangan.

Boleh saya tengok telefon awak sekejap??” apa hal pulak tiba-tiba minta phone aku ni?? Setahu aku, aku tak pernah simpan apa-apa gambar atau video mengarut dalam phone aku ni. Aduh, makin resah aku di buatnya. Lagi satu,pandai pulak En.Macho ni cakap melayu.Lebih 2 jam kuliah dia bantai cakap Bahasa Inggeris, tak ada sepatah pun bahasa melayu. Respect gila aku kat anak melayu yang boleh cakap BI macam air. Pronouns yang tepat, grammar yang betul. Hebat.

What are you dreaming girl??
Terperanjat aku. Aku ni pun satu hal,dalam macam ni boleh mengelamun lagi. Gila-gila.

Err.. nothing sir.. nothing” gugup gila ah.
I ask u again, can I see you phone young lady??” lagi sekali terkena. Cepat-cepat aku keluarkan phone dari dalam beg sandang sisi. Alamak, OFF pulak. Cepat-cepat aku ON semula. Tapi bila aku masukkan password tak boleh pulak. Aduh, time macam nil ah dia nak buat hal. Trouble.

Its ok, just give me the phone” bila dia tengok aku terkial-kial masukkan password tapi tetap tak boleh ON. Dia pulak masukkan password. Tiba-tiba boleh ON. Sambil menunjukkan screen yang dah boleh ON pada aku. Terperanjat tahap karma aku. Macamana dia boleh tahu password aku???

Don’t be surprised girl.” Sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket kiri seluar dia.
Phone!! Phone yang sama jenis,warna,bentuk. Senang cerita, sama semuanya.

Actually, this is your phone” sambil menghulurkan phone di tangan kirinya.
and, this is mine” sambil menunjukkan screen phone ditangan kanannya. Ada gambar dia dengan seorang perempuan. Cantik.

Awak tersalah ambil masa awak langgar saya pagi tadi. I have tried to call you many times, tapi tak dapat. Mungkin sebab phone tu ter’OFF’ sendiri bila terjatuh tadi. You really in hurry yeah” Oh..inilah mamat macho yang aku langgar pagi tadi. No wonder lah aku rasa macam kenal aje. Apa punya pelupa lah aku ni.

Sorry sir. I’m so sorry. I don’t remember you before. Dan kalau phone tu ada apa-apa kerosakan, En.Zafrul bagitahu saya. I’ll paid” balasku tanda bersalah yang amat sangat. Takut pun ada juga sebenarnya. Hehehehe..

Lepas settled semua,aku pun minta diri. Aku berjalan keluar tanpa menoleh kebelakang sedikit pun. Malu.

Gila nervous. Setiap kali nak exam, mesti nervous tahap karma. Study tahap membunuh. Sampai pukul 4-5pagi kitaorang study. Qistina dan Arina pun lepak study dalam bilik aku. Study ramai-ramai tak bosan sangat. Tapi kalau terlalu ramai pun bahaya jugak. Bukan study, borak yang lebih. Setakat kitaorang berempat boleh tahan lagi. Setiap sem pun mesti kejar Anugerah Dekan. Alhamdulillah dah 5 sem kitaorang tak pernah gagal Anugerah Dekan. Itu sebab ramai student cop kitaorang 4B untuk ‘4 Baby Barbie Beautiful Brilliant,’ ada jugak cakap 4B untuk ‘4 beautiful girls’ and macam-macam lagi lah. Tapi kitaorang tak pernah leka dengan semua tu. Buat tak tahu je. Relax and cool. Hehehehe..

Malam sebelum exam aku dapat satu mesej daripada nombor yang aku tak kenali.

Assalamualaikum..
Wish you all the best for tomorrow paper..
Wish Allah bless u with Rahmat and Nur-Nya..
Wish you luck and get the best
Nothing could change until you work for it…
Assalamualaikum..
Izhar

Izhar?? Siapa pula la Izahar ni. Seingat akulah, aku tak ada kawan nama Izhar. Salah send lah ni. So aku buat tak tahu je. Sebab memang selalu sangat orang salah hantar mesej. Nak berkenalan lah. Nak kawan lah. Macam-macam lagi.

Habis paper petang tu aku dapat lagi satu mesej.

Assalamualaikum..
How’s your exam today?
Hope everything is fine
Assalamualaikum..
Izhar

Mamat ni lagi. Malam tadi boleh lah cakap salah send. Tapi kalau hari ni tak kan salah send lagi?? Siapa dia ni?? Mungkin dia simpan nombor yang salah. Itu yang dia asyik hantar kat aku. Aku pun forward semula mesej dia sebab kesian pulak, send kat orang yang salah.

Assalamualaikum..
How’s your exam today?
Hope everything is fine
Assalamualaikum..
Izhar


**sorry sir, you have sent the msg to the wrong person maybe. I don’t know who you are**

Esok kitaorang ada paper lagi. Penat first paper pun tak hilang lagi. Nasib baik ada selang 3 hari. Dapat juga rehatkan kepala. Format balik otak ni. Nak masukkan program baru pula. Malam sebelum second paper aku dapat lagi mesej.

Assalamualaikum..
I’m not sent to wrong person, I sent to you Miss Ayunie Iryanie..
Wish you all the best again for 2nd paper tomorrow..
Hope bless Allah always be with you..
Remember one thing..
Nothing could change until you work for it…
Assalamualaikum..
Izhar

Dia tahu nama penuh aku?? Dia tahu schedule exam aku. Siapa dia sebenarnya?? Ligat kotak fikiran aku memikirkan siapa empunya nama. Mungkin ada antara kenalan yang mempunyai nama yang hampir sama. Tapi gagal. Ingin aku tanya pada ketiga-tiga sahabat karibku. Tak sampai hati pula. Maing-masing sedang leka mengulang kaji pelajaran. Argh, yang aku sibuk-sibuk pening kepala buat apa. Bukan dapat apa pun. Baik aku terus ulang kaji pelajaran daripada memikirkan manusia yang tak pernah wujud dalam hidup aku. Abaikan.

Seperti selalu, setiap ada paper esoknya, malam itu pasti aku akan dapat mesej pembakar semangat. Setiap kali keluar dari dewan peperiksaan juga aku akan dapat mesej mendoakan segalanya mudah bagiku. Sampailah sehingga tamat semua paper.

Kami ramai-ramai menjerit keseronokan. Tiada lagi kuliah. Tiada lagi assignment. Tiada lagi test. Tiada lagi exam. Semuanya telah TAMAT. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Terutama buat 3 rakan karibku, Dalia,Qistina dan Arina. Wish u always be the best omong the best. Nothing could change until you work for it.

Tiba-tiba aku teringat akan si dia. Siapa dia?? Diman dia?? Adakah dia sentiasa memerhatikan aku?? Hadirlah..muncullah walau dimana kau berada..segunung harapan ku panjatkan di dalam hati.

Hari ini kitaorang semua pergi bercuti di Melaka. Bukan sahaja kami berempat, tapi boleh dikatakan hampir sekelas yang mengikuti percutian kali ini. Yang kami tak sangka, pensyarah-pensyarah tahun akhir kami pun ikut serta. Bersama keluarga masing-masing. Kira rombongan percutian lah. Melibatkan 2 buah bas menuju ke Negeri Bersejarah,Melaka. Seronok sangat.

Semasa dalam bas aku dapat lagi mesej daripada orang yang sama.

Assalamualaikum..
You are so happy today..
Nice to see you with that face and beautiful green scarf..
Really love to see you with the green scraf..
Hope you’ll enjoyed with this trip..
Assalamualaikum..
Izhar

This trip??? Dia tahu aku pakai tudung hijau?? Mesti dia salah seorang yang berada dalam rombongan ni. Bingkas aku bangun mencari siapa sahaja yang memegang handset.
Tapi terlalu ramai. Kecewa.

Sepanjang percutian kali ini memang tiada satu pun perkara yang tidak menggembirakan. Semuanya akan kusimpan dalam kotak memori aku sebagai kengan terindah. Dan sepanjang percutian ini juga, setiap masa aku akan menerima mesej dari Izhar. Namanya cukup sinonim dengan nada dering mesej handset aku. Tapi orangnya belum pernah ku temui. Siapa dia sebenarnya??

Semasa sedang menyaksikan pelajar dan pensyarah lelaki bermain bola tamper pantai, tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit memberi semangat dengan kata-kata semangat yang taka sing lagi bagi aku.

Hey guys!! Keep it up!! I know you can change the board mark!!! Nothing could change until you work for it!!

Bila aku berpaling mencari gerangan suara, terlalu ramai orang di tepi pantai tersebut. Sekali lagi..Hampa..
Malam terakhir kami di Melaka, pihak hotel menyediakan makan malam barbeque. Tiba-tiba En.Zafrul, assistant Puan Asmalia menghulurkan sepiring udang dan ayam yang telah dipanggang kepada aku. Dia terus berlalu sebaik sahaja menghulurkan piring tersebut. Sebelum berlalu dia sempat membisikkan sesuatu kecuping telinga aku,
You are really beautiful with this green scarf” Terperanjat gila aku. Belum sempat aku membalas apa-apa dia dah berlalu pergi berbual bersama kelompok pensyarah yang lain.

Malam itu aku tak dapat tidur langsung. Aku lihat Dalia.Qistina dan Arina begitu nyenyak sekali diulit mimpi. Masing-masing kepenatan bersukan siang tadi. Kitaorang menang besar. Semuanya jasa Arina. Yelah,bekas pemain bola tampar wanita Negara.

Tapi mata aku asyik terkebil-kebil memikirkan siapa dia Izhar dan adakah dia ada kaitan dengan En.Zafrul. seribu pertanyaan menerjah ke benakku. Tiba-tiba satu mesej masuk kedalam kotak inbox handset aku.

U are not sleep yet??
Why?? Is that because of me??
I’m really sorry if my massage make you feel uncomfortable..
I cant straight forward to you because you are 1 of my student
From bottom of my heart..
I really falling in love with you..
Since 1st time I see u I already in love with you
I really thanks to God when you bump on me
I really thanks to God when you take my phone
I really thanks to God because this is your last semester
So I don’t have to wait long to tell you what is my feelings towards you
Will you be apart of my life?
Will you be apart of my heart?
Will you be apart of my strength?
I have send something in front of the door..
If u will apart of all that, please use that thing tomorrow morning to go back to USM.
And if you can’t, just take it as a gift from Melaka.
I’ll wait you answer tomorrow.
I accept everything as ketentuan Allah s.w.t
Have a nice sleep my green lady..
Assalamualaikum..
Salam sayang,
Zafrul Izhar

Astarghfirullahalazim..sambil ku meraup muka dengan kedu-dua belah telapak tangan. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang dikirim kepadaku. Pantas aku berlaki menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu bilik ku buka, ada satu kotak kecil besampul dengan pembalut hadiah berwarna hijau bercorak dedaun.

Sehelai tudung berwarna hijau bercorak dedaun. Sama macam sampul pembalut kotak tersebut. Cantik. Terdapat sekeping kad didalamnya
Cinta yang sejati
Lahirnya dari hati
Yang tulus dan suci
Berbekalkan budi dan pekerti
Hadiah agung dari Ilahi..

**maaf saya bukan penyajak atau penyair yang baik
Zafrul Izhar

Malam itu juga aku mohon petunjuk Yang Maha Mengetahui. Aku buat solat istikharah. Mohon Allah beri petunjuk yang terbaik buatku. Selepas solat istikharah, aku tak fakir apa-apa lagi. Terus baca doa tidur dan tidur.

Ayunie, aku dah siap gosokkan baju dengan tudung kau. Aku sidai kat kerusi meja solek tu” Dalia terus bersuara sebaik sahaja aku keluar dari bilik air.

Wah, rajinnya sahabat aku ni. Mimpi apa malam tadi??” gurau aku.

Eh Ayunie,bila kau beli tudung tu??tak pernah nampak kau pakai pun” tiba-tiba Arina bersuara. Terperanjat aku. Rupanya tudung yang di gosok oleh Dalia adalah tudung pemberian En.Zafrul Izhar. Aku terus terduduk, menitik manik jernih dibibir mataku. Adakah ini yang dikatakan ketentuan Yang Maha Agung. Adakah ini yang dikatakan jodoh pertemuan ketentuan Allah. Andai ini semua yang direncanakan oleh-Nya, aku terima dengan hati yang ikhlas.

Sahabat-sahabat aku kehairanan dengan apa yang berlaku. Aku ceritakan semuanya pada mereka bertiga tanpa ada tertinggal seinci pun.Mereka terperanjat besar. Tak pernah terlintas pun difikiran mereka tentang semua ini. Aku apatah lagi.

Dilobi hotel dari jauh aku nampak senyuman En.Zafrul Izhar. Tudung hijau pemberiannya cantik terbentuk dikepalaku. Aku turut tersenyum dalam gementar. Dia datang menghampiriku lalu membisikan ucapan terima kasih. Tiga orang sahabat karibku tersenyum keriangan.

Setelah 2 tahun menjalin cinta jarak jauh. Aku di bumi Malaysia dan dia dibumi Switzerland. Kami setuju hubungan ini dibawa kejinjang pelamin. Ikatan cinta antara Zafrul Izhar bin Zahri Ikram dengan Ayunie Iryanie bt Ahmad Iskandar bersaksikan saudara mara dan sahabat handai berlangsung dengan meriah dan sempurna, berkat keizinan Yang Maha Merencana setiap kejadian.Bersyukur teramat sangat.

Jauh mengelamun??” sapa suamiku dari belakang mematikan lamunan ku tentang pertemuan cinta kami.

Sedapnya bau nasi lemak ni. Nasi lemak di bumi Switzerland. Memang mengancam” sambil menunjukkan ibu jari ke atas tanda sangat bagus.

Selepas berkahwin, aku mengikut dia berhijrah ke Switzerland atas tuntutan kerja sebagai jurutera.
Benarlah kata orang tiada pertemuan pertama tak akan ada pertemuan seterusnya. Dan bagi aku, tiada Zafrul Izhar dan Ayunie Iryanie tiadalah Ain Zulaikha bt Zafrul Izhar.

Dua insan teristimewa dalam hidupku. Hadir atas ketentuan Yang Maha Menjadikan. Allah s.w.t.

-dipetik dri tentangcinta.com-

Friday, January 29, 2010

KISSES 4 U JAR!!

bg sespe yg x de idea utk bg ap kt si dia yg teristimewa..
ni adlh slh stu hadiah yg unik utk si dia di hari valentines'..
cntik sgt kn..

 
kisses jar front view


 
kisses jar back view


 
kisses jar laces

BAHAN-BAHAN :
-A Jar
-2 to 3 pieces 12 x 12 patterned cardstock
-Ribbon
-Hole punch
-Paper Crimper
-Adhesive
-Letter Die Cuts or Stickers 


CARA-CARA MEMBUAT :
  1. Cut out a strip of paper your desired height to wrap around the jar. Run it through the paper crimper.

  2. Cut out another strip of paper a ½ inch to 1 inch wider and shorter than the first one.

  3. Punch 3 holes at each end of the longer piece of paper.

  4. Attach the smaller paper, centering it, to the larger piece.

  5. Attach both to the jar. Do not press down/glue edges where the holes are.

  6. "Lace up" the ribbon through the holes and then finish adhering edges of paper to the jar.

  7. To create the tag, cut out two hearts and hole punch each in the corner. Attach to jar with ribbon.

  8. Fill with candy!

SELAMAT MENCUBA!!GUD LUCK!
-taken frm lovingyou.com-

TIRED OF STAYING AT HOME!!


i am tired of staying at home like an idiot!!
every single day i will be sitting in front of computer,watching tv,eat,sleep!
i am tired of that!!
i wanna go out!!
wasting my time when i have a lot of my time!!
i have done my part!
i have completed my high school!!
can't i have a break??!!
i wanna go out wif my hubby & my frens!!
why can't my parents understand me even a bit??!!
ALL OF MY FRENS ARE HAVING THE TIME OF THEIR LIFE!!
SOME OF THEM EVEN GO ON VACATION BY THEMSELF AND GOING OUT ALMOST EVERY SINGLE DAY!!
BUT ME??SITTING IN THE HOUSE,MAKING FATS!!
I CAN'T EVEN HAVE A FUN & HAPPY TIME!
I AM 18 ALREADY FOR GOD SAKE!!
I AM NOT A CHILD ANYMORE!
I CAN TAKE GOOD CARE OF MYSELF!!
I HAVE HIM TO TAKE CARE OF ME!!DON'T WORRY!!
HE IS RESPONSIBLE ENOUGH TO TAKE CARE OF ME!!
SOONER OR LATER,I WILL BE LEAVING U GUYS ALSO NO MATTER WHAT TO FURTHER MY STUDIES IN UNIVERSITY!!
I NEED A DAMN LONG TIME OUT!!AWAY FROM U GUYS!!
FAR..FAR AWAY FROM MY FAMILY!!
I WANNA SPENT MY TIME WIF MY HUBBY & MY FRENS!!
I DON'T CARE!!
NO MATTER WHAT,I WILL MAKE MY WAY OUT EVEN IF I HAVE TO GET KICK OUT OF THE HOUSE!!
I AM DAMN SICK OF SITTING IN THE HOUSE LIKE A MORON!!
I WANNA GET OUT OF THE HOUSE!!
I AM DAMN BLOODY PISSING OFF!!FEEL LIKE KILLING PEOPLE!

-DAMN PISSED OFF-

Wednesday, January 27, 2010

KHAS BUAT SESIAPE YG MEMINATI FESYEN & SHOPPING!!

entri ni khas utk sespe yg menggilai dunia fesyen & yg ingin shopping secre online!!
ini adlh antre link shopping online yg blh didpati di MYSPACE :


nie pula antre link shopping online yg blh didapati di BLOGGER :



shopping online ni ad sume brg :-
tops
blouse
cardigan
dress
pants
jeans
handbag
bags
couple t-shirts,watch
male & female t-shirts
hats
keychains
perfumes
accessories
shoes 
contact lens
shawl
gadgets : handphone,pendrive
flip flop

and mcm2 lg lah..tgk le sndri ek..
actually link nie ad byk lg..
tp ak x lrat nk ltak sume lorh..
hope u all enjoy shopping online!!

-online shopping!-

MARI KITA BERGANDING BAHU UTK MENOLONG ADK AMMAR!!



well..
ctenye mcm ni..
when ak bkak my blogger pny dashboard..
tbe2,tgk ad update ttg ni..
so,ak bce le kt blog yg ak follow iaitu : http://amiraina.blogspot.com/ & http://tentang-gadis.blogspot.com/ ..
and ak truskn membce ttg cte adk ammar ni kt blog mum dy..
kt blog nie pn ad..http://www.hydir.com/
sdh gle tau..cian adk nie..
adk nie penyakit jantung PDA..
so,ak decide utk membantu..
pd spe yg nk membntu juge,mcm ni creny..
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.
Ikut langkah ini:
  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda. 
  3. -sian dak nie-

Tuesday, January 26, 2010

BAJU-BAJU yang TERAMAT CANTIK !!!

well..
recently,kt myspace ad byk online salers..
so..
ak ade le view beberpe album gmbr yg ad bju2 cntik sgt2..
ble tgk bju2 tu,gle jdi nye..
OMG!!!
tpi ble tgk hrge,terpkse lpekn..
SBB MAHAL!!
 x ad duit lorh..
again,pesanan sye bt visitors yg membce blog sye nie..
TLG SGT2!!PLISH!!
CLICK NUFFNANG TU & SIGN UP UTK CATCHEYE TU!!
trimas guys!!luv ya..
ni adlah antare bju2 yg TERAMAT CANTIK & MAHAL :

RM 22


RM 25


RM 25



RM 26



RM 28



RM 28



RM 28



RM 29



RM 30



RM 30



RM 32



RM 32



RM 33



RM 35



RM 40



RM 40



RM 49



RM 58

-nk sume bju nie!-


KERANA KAU MATA HATIKU !!

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!

Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.

Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!


Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa… seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.

Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.

Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.

Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak…terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.

Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi…

***

Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.

Hmm…ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku…” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.

Yeke? Alhamdulillah…murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.

Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.

Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.

Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.

Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik…di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.

Aku tahu. Terima kasih Hadi…Syam.

Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.

***

Masjid India, 10 pagi…

Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.

Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.

Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???

***

Masjid India, 10 malam…

Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menanti si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!

Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.

Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.

Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.

Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape…tak cantik ke aku ni?!

Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya…keningnya… hidungnya…mulutnya… semuanya cantik terbentuk.

Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.

Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.

Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!

Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi….

Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.

Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.

Err…awak…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku….

Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.

Tapi…” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.

Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai…” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.

Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.

***

Dua tahun kemudian…

Ikhwan…Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.

Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah…” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.

Emm… kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..

Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.

Wan, Suri tak main-main…” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.

Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu…” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.

Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.

Hmm…” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengahwini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.

Aku akan nantikan saat itu…

***

Suatu pagi…

Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.

Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.

Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula…” Suaranya kedengaran begitu ceria.

Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.

Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.

***

Sebulan kemudian…

Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.

Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja ingin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.

Suri…cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.

Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.

Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.

Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan… Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.

***

Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?

Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.

Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.

Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.

Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err…maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.

Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.

Ya..saya Ikhwan tapi macam mana…” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.

Sebab saya Su..Suri…” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.

Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.

Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.

Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.

Ya Allah…Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!

Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.

Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri…” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.

Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.

Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.

Suri tak perlukan lagi…” Pendek aku menjawab.

Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.

Sebab… Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.

Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.

Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya…” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.

Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya…



-dipetik dri tentangcinta.com-

Monday, January 25, 2010

CATCHEYE --->NUFFNANG

hahaha..
lpas da try CATCHEYE utk beberpe hri and the progress is damn slow..

i beralih pulak pde NUFFNANG !!
hope ade le improvement..


but i still active mempromote CATCHEYE !!
na duit lebey..

pesanan utk people yg cantik & kacak yg melwat my blog..
plish2...
click nuffnang tu ek..
plish help me ya..
syg korunk..
kalo spe2 yg nk i follow ur blog..
just inform me & bg ur link..
i will definitely follow ur blog..
jgn malu2 k..
thanx guys..!

-nuffnang-

Sunday, January 24, 2010

MY NOTICE BOARD!!

slepas pnat mengubh suai notice bord ku yg berwrne bru..
ini lh resultny :


inilah notice board ku yg berwrne biru..!



inilh antare hiasan yg menceriakkn & mencntikkn board ak..



tuan empunya notice board yg cntik..MINIE..!



notice board ak stlah diletakkn bnd yg spatotny..hehe..cntikkn??

-tuan empunya notice board cntik-

Saturday, January 23, 2010

C0ME!!LET'S JOIN!!FREE!!TAK PERLUKAN MODAL!!TAK TIPU!!




CATCHEYE adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia, apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini, ya,mudah saja,klik - klik iklan tak sampai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara INFINITI..


Katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300.. banyak tu ..... awak taknak ke?


Ayuhlah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak.. untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah mencecah 12000 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan.


Cara nak register.
1. Klik pada ----------> http://www.catcheye.com.my/?r=56080
2. Klik join catcheye now
3. Isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4. Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3 jawapan A. (jika awak jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5. Klik agree and proceed..Ok siap~


Kemudian apa perlu buat?
1. Klik sign in
2. Lepas sign in klik reward panel
3. Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4. Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5. Postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada kawan2.
6. Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.

Percayalah!sebab benda ni 100% percuma ,dan tak rugi mencuba.


-mari mencuba-

Thursday, January 21, 2010

LELAKI SUKA & LELAKI TAK SUKA..??



Lelaki suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego
  • Membuatnya patah semangat
  • Bercerita kecurangan yang pernah dilakukan di belakangnya
-taken from tentangcinta.com-

Wednesday, January 20, 2010

PKIR2KNLH WHAI KAUM ADAM DAN HAWA!!

KALAU AKU BANYAK TANYA,KAU KATA AKU BUSYSODY
KALAU AKU TAK TANYA LANGSUNG,KAU KAT AKU TAK AMIK BERAT

KALAU AKU TAK SNYUM,KAU KATA AKU SOMBONG
KALAU AKU SENYUM,KAU KATA AKU SUKA MELAYAN

KALAU AKU SELALU CALL,KAU BORING
KALAU AKU X CALL,KAU KATA KAU ADA LELAKI LAIN

KALAU AKU X NK PEGANG TGN ,KAU KATA AKU X ROMANTIK
KALAU AKU PEGANG TGN KAU,KAU NK LEBIH2 LA PULAK

KALAU AKU X RAPAT DGN KWN KAU,KAU KATA AKU X HORMAT
KALAU AKU RAPAT DGN KWN KAU,KAU JELES LA PULAK

KALAU AKU X MAAFKN KAU,KAU KATA AKU EGO
KALAU AKU MAAFKN KAU,KAU BUAT LAGI

KALAU AKU KUAR MLM,KAU KATA KAU POMPUAN X ELOK
KALAU KAU KUAR MLM,KAU KATA BARU LAH LAKI SEJATI

KALAU AKU MENANGIS,KAU KATA AKU CENGENG
KALAU AKU X MENAGIS,KAU KATA AKU X ADA PERASAAN

POMPUAN KUAR CARI REZEKI
LAKI KUAR CARI POMPUAN

KALAU POMPUAN BERKWN BIAR SERIBU BERCINTA BIAR SATU
KALAU LAKI BERKAWN & BERCINTA SEMUA BERIBU

BAGI TAU POMPUAN SATU CERITA,BESOK SATU KELAS TAU
BAGI TAU LAKI STU CERITA,BESOK SATU DUNIA TAU

POMPUAN SANGGUP MENUNGGU BERTAHUN-TAHUN
LAKI TUNGGU SEHARI PUN X TAHAN

POMPUAN CINTAKN LAKI PD HATINYA
LAKI CINTA POMPUAN PD RUPA,TUBUH & DUITNYA

BAHAN TATAPAN POMPUAN,BUKU NOVEL ROMANTIK
BAHAN TATAPAN LAKI,MAJALAH LUCAH

KALAU POMPUAN MERAJUK,LAKI KATA MENGADA-NGADA
KALAU LAKI MERAJUK,YA ALLAH MELUAT AKU TGK

KALAU POMPUAN WAT MUKA COMEL,ORG SUKA TGK.
KALAU LAKI WAT MUKA COMEL,X ADA SAPA PUN NK TGK.

POMPUAN RAMAI DI UNIVERSITI
LAKI RAMAI DI PUSAT SERENTI

POMPUAN KENA FIKIR DLU,BARU CKP
LAKI CKP DULU BARU FIKIR.
 



Tuesday, January 19, 2010

first time bwak kete!!

today my first time bwak kete..
sronok pn ad..
tkot pn ad..
besh pn ad..
Picture Comments Myspace Comments
hahaha..
nseb bek my instructor x grang..
mse bwak kete td,ad skali kete tu tbe2 berhenti..
kcut kot..
hahah..

kt sne jmp LYN lg..
again..
hahah..
dy pn blaja kete gk..
Picture Comments Myspace Comments

-dak excited bwak kete-

Sunday, January 17, 2010

kaulah hidup dan matiku by naff..

A SONG SPECIALLY FOR MY HUBBY !!

Kaulah darah ku,
juga nadi ku.
Kaulah nafas ku,
juga jantung ku.
Engkaulah hati ku,
dan juga jiwa ku.

[Reff:]
Aku mau,
hidup dengan mu,
aku mau mati pun karena mu,
aku mau,
disisa waktu ku,
bersama mu.

Kaulah senyum ku,
juga tawa ku.
Kaulah damai ku,
juga bahagia ku.
Engkaulah teduh ku,
tempat ku bernaung.

[Reff]
Kau yang s’lalu setia,
menemani ku,
meresapkan harumnya cinta dihati ku.
Kau yang menyayangi ku,
setulusnya.

[Reff] ~
hanya bersama mu.(x2)

Aku mau,
hidup dengan mu,
aku mau mati pun karena mu,
aku mau.

Kaulah hidup ku,
dan juga mati ku.






*kdg2 playlist ni bengong skit,hrap maaf ye..kalo x de lgu tu sle refresh page atau tekan button play..tq..



-ak yg terluka-

Thursday, January 14, 2010

yeay!!

hri nie,pkul 7.30 pg ,instructor ak amik ak..
then g amik lg 2 org..
pastu,smpai kat pusat ujian kul 8.00 pg..
tp,pusat ujian tu bukak kul 8.30 pg..
terpkse le ak menunggu..
so,ak tnggu smbil bce buku undang-undang..
tk0t si0t!


ble org yg sepatotny da dtg,ak g le nek kt tmpt utk bt ujian..
mle2 amik number..
ak org pertama k0t!!
then,isi borang yg sepatotny..
pastu,tnggu utk amik gmbr..
kne byar RM 12.00..
then,akak tu panggil utk tngkp gmbr..
pas da tngkp gmbr,kne tngu utk bt ujian..
pas 10 mnt,akak lg sorang pngil utk g msuk blik utk buat ujian..
mse tu berdebar gle..

pastu msuk le blik ujian tu and bt ujian tu..
and guess what ?!!
ak lulus dengan cemerlang sekali !!
48/50 !!
bangga nya!! i am a genius!!! HAHAHA..
mkneny ak da dpt LESEN L !!



then,kne tngu utk amik gmbr and amik kputusan..
pastu blik umh le..
on the way blik umah lak,ad accident..
instructor ak g le tlg jap..
kul 10.30 pg bru smpai umh..

-dak dpt lesen L-

Saturday, January 9, 2010

5 h0urs of damn b0ring ceramah!!

hri nie ak mle amik lesen..pg td kul 7.30 pg,org yg mengajar ak A.K.A my instructor amik ak..then g amik lg 3 0rg..ak amik lesen memandu kat G0PENG!!jauh gle kn..sebaik shj smpai,ak bt ujian buta warna..and guess what??!!mse ak ngah tgu kputusan ak,ak ternmpk IZZATUL ILLY a.k.a. kwn lme ak mse kt bainun..terkejut gle!!lps lme menunggu utk kputsn tu,pemeriksa pn pngil nme ak "NUR SYAMINI !"..terkejut lg!!and ak lulus!!yeay!!21/23!!not bad ek..then,instructor ak bg BUKU LATIHAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA..lpas tu ak tgu mse utk msuk blik ceramah..mse ngah tgu,ak pndg sekeliling le..tbe2 ak ternmpk mke yg amt familiar..dak tu ialah NURUL FAZLYANA a.k.a. LYN !!lg bertmbh terkejut le ak nie..!dy tu dak bainun yg stu dorm ngan ak,B9!pastu smbng2 le ngn dy..pas tu ak g blik crmah kt blok A..cramah tu mle kul 11.00 pg..before cramah mle,illy tgur ak..wow!rse mcm reunion bainun lak..tbe2 rse rndu kt BAINUN le plak..byk gle penceramah tu memebebel...fuhh!!ngantok pn ad..best pn ad..kul 1.00 ptg ktorunk rehat..kul 2,00 ptg,mle cramah blik oleh penceramah yg berbeza..mse cramah,ak tbe2 tringt kt FAYADHAH a.k.a kwn mse kt skewl agama osmaniah..ak nk tgur dy,tp tk0t dy lpe ak..so x jd le tgur..
hahah..kul 4.15 ptg abs le cramah tu..then,ak,lyn n illy tkar2 num phone..pastu ak pn blik le ke rumah..

-dak yg rndu bainun-

Tuesday, January 5, 2010

keb0hsanan melanda!!



setelah seharian penat mereka blog sy..
akhirny terhasil juge blog gue yg cntik bangat..
haahha..
penat gle edit blog..

b0hsan gle hri ni..
xtau pe nk wt..
ingt kn pas spm,sonok le..
tp rpe2ny..
memb0hsankan gle!!
d0k umah..
hadap k0mputer jew..
x pn,tgk tv..

B0RINGNY!!!

-dak bosan-