AWARD PENYAYANG nie diberi coz nk membntu adik chumel ni..apa yg korunk perlu buat?
1. Wat entry tuk award ni.
2. Copy & paste award di atas.
3.Copy ayat-ayat kat bawah ini.
Anak Comel ini namanya airen nurain bt nazemir. panggilan manja ain. adik ain berumur 3 tahun. anak comel ini mengalami masalah kesihatan yang memerlukan kita membantunya.
pertemuan encik nazemir dan gap hanya sekali. disitu dia menceritakan segalanya. selesai sahaja pertemuan selama 5 jam, aku tak bertangguh lama lagi. anak kecil ini wajib dibantu.
ini kisah penderitaan adik ain, aku permudahkan kronologi nya.
BANTUAN MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN RAWATAN DIALISIS CCPD
pada 13hb april 2010, adik ain telah dirujuk dari hospital besar tengku ampuan rahimah,klang ke wad unit rawatan rapi (ICU) hospital selayang. pada waktu itu adik ain memerlukan bantuan pernafasan dan juga rawatan haemodialysis (cuci darah).keputusan darah menunjukkan bukti darah adik ain kotor didalam tahap merbahaya dan perlu di cuci dengan segera.
Adik Ain telah dikeluarkan dari ICU hospital selayang selepas 4 hari dan telah menjalani rawatan haemodialysis selama 4 minggu tetapi buah pinggangnya masih belum pulih.
pengambilan tisu daripada daripada buah pinggang awal bulan mei menyatakan bahawa kerosakan ini kekal dan tidak mempunyai peluang cerah untuk pulih.
keputusan telah dibuat untuk mendapatkan rawatan dialysis dalam bentuk CCPD.CCPD bermaksud kaedah mencuci melalui peritoneal dialysis tetapi ia perlu dijalankan pada waktu tidur selama 8 hingga 10 jam sehari. kaedah CCPD ini memerlukan mesin cycler yang disewa dan penukaran tiubing pada setiap malam.
kaedah haemodialisis pula membebankan keluarga kepada encik nazemir. jika kaedah ini dilakukan maka, perbelanjaan ulang alik dari klang ke hospital selayang memerlukan lagi satu kos tambahan.
pakar yang merawat adik ain menyarankan agar kaedah CCPD lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil seperti ain, berumur 3 tahun dan beratnya sekitar 12 kg sahaja.
kenyataan diatas aku ambil daripada surat rasmi pakar yang merawat adik ain.iaitu dari
dr wan jazilah wan ismail
no pendaftaran penuh : 27343
ketua jabatan pediatrik dan pakar perunding buah pinggang kanak-kanak
hospital selayang
lebuhraya kepong selayang
batu caves 68100 selangor.
email : wanjazilah@selayanghospital.gov.my
konklusi kepada artikel penting ini.
1) keluarga adik ain memerlukan bantuan kewangan untuk bayaran kos CCPD
2)surat-surat rayuan telah dihantar kepada beberapa agensi.jawapan dalam proses
3)dokumentasi surat rasmi/masuk wad/sebutharga dll yang berkaitan ada banyak.namun gap telah lihat dan menyimpan kesemua salinannya.tak sempat scan pasal banyak sangat.
4)mohon yang bermurah hati menolong meringankan beban keluarga ini.
5)mohon bloger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan.
hubungi bapa adik ain :
en nazemir 012 620 7010 untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh terus disalurkan kepada akaun bank islam beliau. 120100 2463 6941
4. Pass award ni kepada bloggers len supaya dapat membantu adik chumel ni.
- nur azyan
- iemazaimah
- ierahaziera
- nur su'aidah
- anastasyea
-tq ASC-
4 comments:
thx for sharing!i will take it dear =)
thx ek,.1st time dpt award,.newbie here,.minx 2njuk ajar lam bab blog2 n award2 neyh,.hehe,.thx:)
iema : ur welcome..;)
azyan : ur welcome..okie..if x tau pape,just tny minie..insyallah minie akn tlg..;)
Post a Comment