Tuesday, August 6, 2013

Chocolate Cupcake with Butter Frosting

this time, minie nak share resipe CHOCOLATE CUPCAKE WITH BUTTER FROSTING! this time tekstur and rase die awesome and menjadi !

BAHAN untuk CHOCOLATE CUPCAKE :
160 gram tepung gandum
130 gram gula kastor
80 gram unsalted butter
1 biji telur
1/8 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar cocoa powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar susu segar

CARA-CARA :
1.  Ayakkan tepung gandum, baking powder, garam dan cocoa powder. Letak bahan tu dalam satu bekas.
2. Guna bekas baru, pukul butter sehingga kembang, lebih kurang dalam 2 atau 3 minit.
3. Masukkan gula kastor ke dalam butter yang dah kembang tu dan pukul lagi selama 2 atau 3 minit. Jangan pukul lama sangat.
4. Masukkan telur satu per satu dan pukul selama 2 minit.
5. Masukkan esen vanila dan susu segar. Pukul selama 1 minit.
6. Masukkan bahan kering yang telah diayak secara perlahan-lahan.
7. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum masukkan adunan ke dalam loyang yang telah diletak bekas cupcake.
8. Masak selama 30 minit dengan suhu 150 darjah celcius (depends on jenis oven). Kalau boleh, perhatikan kek every 15 minutes untuk mengelakkan terlebih bakar.
9. Lepas dah masak, sejukkan cupcake selama 15 minit.



BAHAN untuk BUTTER FROSTING : 
120 gram gula icing
125 gram unsalted butter
1/2 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA : 
1. Pukul butter sehingga kembang.
2. Masukkan gula icing dan esen vanila. Pukul sehingga semua bahan sebati. Adunan sepatutnya nampak pekat.
3. Bila cupcake dah sejuk, barulah hias dengan butter frosting.


NOTA CINTA : A real boyfriend sees no other females, Because he only has eyes for his girl.

6 comments:

cik yaya said...

wah sedapnya...terliur dah ni..hehe..
selamat hari raya..
Cantik berseri di Aidilfitiri..
contest yang ditaja oleh Fair & Lovely Malaysia untuk 10 orang peserta bertuah.
jom singgah ke www.cikyaya.my

http://www.cikyaya.my/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html

Minie Mickey said...

cik yaya : memang sedap..try la dear..selamat hari raya..=)

Diary Ain Syima said...

waaa bestnye . . nampak macam mudah :)

Lieya Yaya :) said...

wahhh sedapnyaa :) nak sikett :D

Suhaira Abu Bakar said...

wahhhh, telan air liur jap....

Minie Mickey said...

Diary Ain Syima : memang mudah sangat nak buatnye..

Lieya Yaya : da abis dah dear..nanti minie buat lagi,minie bgi yea..=)

Suhaira Abu Bakar : hhehehehehe..=)