Thursday, May 6, 2010

SAYANG CENDANA-TV3


Sinopsis : Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia. Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor.

Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.

Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi.

Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan. Hakimi berjanji akan mencintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya?, adakah Hakimi cinta sejati Cendana.

Pelakon :  Juliana Evans - Cendana
                  Fezrul Khan - Hakimi
                  Kat Mentor - Risya

Hari disiarkan : Isnin hingga Khamis
 
Masa : 4:30ptg hingga 5:30 ptg

Saluran : TV3

-seronok!-

6 comments:

zac zirwan said...

best r cter nih..baru tgk td.hehe..

Norul Malakiah Sidek said...

juliana tu cantik kan

shaffique said...

jue evans hot ! ;)


My latest entry : Aksi Kucing vs. Invisible Objects

Minie Mickey said...

zac : yup2..best gle cte tu..;)

Minie Mickey said...

miss havoc : yup..;)

Minie Mickey said...

shafiq : ;)