Friday, January 7, 2011

Luahan Hati Kecil Si Gadis...

Saat pasangan lain sedang bahagia melayari bahtera percintaan masing-masing, hati kecil seorang gadis cemburu melihat senyum tawa pasangan lain..Bukan kerana si gadis ini tidak mempunyai pasangannya..Tetapi kerana buah hati si gadis ini jauh di seberang..Jarak memisahkan mereka..Namun,si gadis tetap setia pada cintanya ! Tidak pernah terdetik sesaat pun di hati si gadis untuk berlaku curang pade si jejaka hatinya walaupun di hati kecil si gadis terdapat sedikit keraguan di hati si gadis mengenai ketulusan & keikhlasan si jejaka mencintai dirinya yang penuh dengan kekurangan ! Lebih tepat bukan keraguan, tetapi perasaan cemburu ,mungkin kerana si gadis terlalu mencintai si jejaka ! Salahkah si gadis terlalu mencintai jejaka tersebut lalu mengharapkan si jejaka juga mencintainya ? Kehidupan si gadis tidak sama seperti perempuan yang lain..Si gadis tidak bebas untuk menjalani kehidupan seperti remaja-remaja lain ! Si gadis tidak dibenarkan bercinta langsung..Si gadis tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati..Terlalu banyak kelemahan si gadis walaupun pada zahirnya si gadis kelihatan agak sempurna ! Kini,pelbagai soalan yang sedang bermain di minda si gadis..Hati kecil si gadis bertanya seribu satu soalan !!! Siapakah yang mempunyai jawapan kepada soalan si gadis ? Sudah tentu lah jejaka pujaan hatinya !Tetapi adakah si jejaka akan memberikan jawapan yang ingin didengari oleh si gadis ?! Hati kecil si gadis semakin ligat meluahkan isi hatinya..

"Adakah si jejaka mencintaiku seadanya ?"
"Adakah si jejaka mengerti akan diriku yang menginginkan perhatian dari si jejaka ?"
"Tahukah si jejaka bahawa diriku cemburu melihat si jejaka mesra dengan perempuan lain ?"
"Tahukah si jejaka betapa istimewanya tempat si jejaka di hatiku ? "
"Mengertikah si jejaka bahawa diriku merindui dirimu setiap saat ?"
"Tahukah si jejaka betapa pentingnya kehadiran si jejaka dalam hidupku ?"
"Tahukah si jejaka betapa cintanya diriku pada si jejaka ?"
"Bolehkah si jejaka menjadi pelengkap pada semua kekurangan diriku ?"
"Tahukah si jejaka bahawa diriku hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari si jejaka ?"
"Mampukah si jejaka mencintai si gadis sepenuhnya tanpa sebarang syarat ?"

Seribu satu soalan dilontarkan oleh hati kecil si gadis..Jawapan tersebut hanyalah terdapat padasi jejaka..Bukan si gadis tidak mahu bertanya kepada si jejaka, tetapi si gadis tidak mahu melukai atau mengguris hati si jejaka..Bukan si gadis tidak yakin pada si jejaka, tetapi si gadis hanya inginkan kepastian dari si jejaka ! Wahai si jejaka, ketahuilah si gadis amat mencintai si jejaka ! Hanya si jejaka yang bertakhta di hati si gadis!!! Si jejaka lah yang terakhir buat si gadis !

-siapakah si gadis & si jejaka tu?-

2 comments:

niesh™ said...

kalau kita suka dkt org tu mesti kita cepat jeles kan. huhu.

Minie Mickey said...

niesh : yup2 ! btul tu..=)