Friday, July 26, 2013

Resepi : Scone

minie ade jugak try SCONE. since dah beli oven ni, minie rajin nak baking pastry and cake. scone ni tak la terlalu manis or keras. sedang-sedang je. scone ni pun boleh dijadikan sebagai salah satu menu berbuka, if tak tahu nak buat dessert ape..minie nak share resipi scone ni ngan korang. 

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/8 sudu kecil garam
- 1/3 cawan butter
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu segar

CARA-CARA :
1. Dalam satu bekas, campurkan telur dan susu segar. Pukul sedikit supaya sebati.
2. Guna bekas yang lain, gaulkan tepung gandum, gula kastor, garam dan baking powder.
3. Masukkan butter ke dalam adunan yang telah digaul sehingga menjadi serbuk roti.
4. Masukkan campuran telur dan susu segar sedikit demi sedikit ke dalam adunan tersebut.
5. Gaul sehingga menjadi doh. Jangan uli dan jangan melekit sangat.
6. Canai mengikut bentuk yang disukai atau masukkan ke dalam bekas loyang yang kecil.
7. Sapu baki susu dan telur atas scone tu. 
8. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit (berbeza mengikut oven).
9. Scone ni boleh dimakan dengan jam dan butter atau dengan ice-cream.

NOTA CINTA : Hey, I wanted to tell you... that smile of yours drives me crazy.

14 comments:

Tcca Anuar said...

pernah buat jugak. heheh sedap, lagi kalau tambah dengan ice cream kat tengah.. erm sedap sangat :)

dear xila said...

aduyai tegoda nak buat ni hee

Minie Mickey said...

tcca anuar : yup2..sedap tu..minie suke gak letak strawberry jam..=)

dear xila : try la buat..simple je..=)

Budak Kampung said...

mcm sedap je ni....mai nk rasa sat

Nisha said...

^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

Minie Mickey said...

budak kampung : dah habis la..^_^

nisha : insyallah minie akan join. =)

sasa selamat said...

scone ni macam cream puff ke?i'm noob -_- hehehe

Minie Mickey said...

sasa selamat : lain la dear..hehehhee..=)

Teena Tna said...

Seriously, tak pernah tahu apa iti scone.rasa dia cmne?

Minie Mickey said...

teena tna : scone nie rase die a lil bit manis..usually makan together with jam or ice-cream. =)

Ira Nadhira said...

Wah sedapnya :)

Minie Mickey said...

ira nadhira : memang sedap pun..cube lah..senang je..:)

NurainSuperr said...

tak pernah buat, tak pernah rasa. wuu ketinggalan saya ni T.T

Minie Mickey said...

nurainsuperr : try la buat and rase, okay? =)