Monday, July 22, 2013

Resipi : Red Velvet with Cream Cheese Frosting

semalam first time, minie try buat KEK AND CUPCAKE RED VELVET WITH CREAM CHEESE FROSTING! overall memang sedap. cume bahagian atas and bawah agak terlebih bakar and frosting yang minie buat tu cair sedikit. but tekstur kek, memang awesome! meh minie share ngan korunk resipi.

BAHAN untuk KEK RED VELVET :
> BAHAN A
-  250 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk koko

> BAHAN B
- 240 ml buttermilk ATAU 240 ml susu segar + 1 sudu kecil cuka
- 2 sudu besar pewarna merah

> BAHAN C
-  115 gram butter
- 300 gram gula kastor
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila

> BAHAN D
- 1 sudu kecil cuka masakan
- 1 sudu kecil baking soda

CARA-CARA :
1. Ayakkan tepung gandum, baking powder, garam dan serbuk koko. Letak bahan tu dalam satu bekas.
2. Campurkan buttermilk dan pewarna merah dalam bekas yang lain. If tak jumpa buttermilk kat kedai, alternatif lain ialah campurkan 240 ml susu segar, 1 sudu kecil cuka dan 2 sudu besar pewarna merah. Kacau dengan sebati dan biarkan 10 minit.
3. Guna bekas baru, pukul butter sehingga kembang, lebih kurang dalam 2 atau 3 minit.
4. Masukkan gula kastor ke dalam butter yang dah kembang tu dan pukul lagi selama 2 atau 3 minit. Jangan pukul lama sangat.
5. Masukkan telur satu per satu dan pukul selama 2 minit.
6. Masukkan esen vanila. Pukul selama 1 minit.
7. Kemudian, masukkan BAHAN A dan BAHAN B secara berselang seli. Gunakan kelajuan yang perlahan apabila mencampurkan bahan-bahan tersebut.
8. Dalam bekas kecil, masukkan cuka dan baking soda. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti ssszzz.
9. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
10. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum masukkan adunan ke dalam loyang.
11. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius (depends on jenis oven). Kalau boleh, perhatikan kek every 15 minutes untuk mengelakkan terlebih bakar.
12. Lepas dah masak, sejukkan kek selama 15 minit.


BAHAN untuk CREAM CHEESE FROSTING (TOPPING) :
- 150 ml whipping cream
- 250 gram Philepdalphia Cream Cheese
- 50 gram Mentega
- 1 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA :
1. Putar whipping cream sehingga 'soft peak' (kental). maksudnya, bila anda tunggangkan whipping cream tersebut, ianya tidak jatuh dari mangkuk.
2. Di dalam mangkuk yang berlainan, putar cream cheese, esen vanila, mentega dan gula sehingga kembang.
3. Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. Sedia untuk disapu di atas kek.
4. Jikalau nampak cair, masukkan ke dalam peti ais. If korang rase adunan tu cair, next time tak perlu campurkan whipping cream. Kalau nak whipping cream juga, letak sedikit je. Selalunya adunan tu sepatutnya nampak pekat.


NOTA CINTA : I can be without you, I just don't want to be. I could be happy alone, but why would I when I can be happy with you?

10 comments:

krole said...

thanks share resepi...mmg tngh cari yang ni...huhuhu *bookmark

Minie Mickey said...

krole : ur welcome..hopefully menjadi la ek. gud luck! =)

Budak Kampung said...

feveret iman la

Minie Mickey said...

budak kampung : waa..same la..nie pun feveret minie..=)

ct zainab said...

pernah try buat tp tk bape nak menjadi. lebih terror buat choc cake. huhu. btw im new here. lets be fren;)

Minie Mickey said...

ct zainab : minie pun suke lgi buat coklat cake..sekali skale try buat red velvet ni..teringin.. =)

Anak pak cik Azhar :) said...

nampak cam best je...bleh la try buat lps nie:)

Minie Mickey said...

anak pak cik azhar : best2..try la..gud luck yea! ^_^

NurainSuperr said...

wow, nampak sedap !

Minie Mickey said...

nurainsuperr : memang sedap ! try la buat..=)